Pretzel lembut

alma@myresipi.com
resipi guna breadmaker. roti pretzel plain yg lembut dan tidak
keras w/pun dah sejuk [resipi ni juga atas permintaan lily lama dulu...]
Created on : 04-06-2007
Bahan-bahan ( 8biji )
·
Doh:-
·
1 ¼ cawan air
·
1 bj kuning telur
·
2 sdb gula
·
1 sdk garam
·
1/8 sdk lada sulah
·
3 ½ cawan tepung berprotein tinggi (tepung roti)
·
1 sdb yis segera
·
Glaze:-
·
½ biji putih telur campur ½ sdb air
·
Topping:- Sedikit bijan (optional)
Cara-cara
1.
Masukkan kesemua bahan2 doh ke dalam breadmachine, ikut arahan
mesin msg2 utk buat doh.
2.
Bila doh siap diuli, buat bentuk bola besar dan biarkan ia rehat
dalam bekas tertutup, hingga naik sekali ganda dari saiz asal (dohnya lembik
sdikit jadi sapu sedikit tepung pd tangan utk membentuk bola).
3.
Bila saiz doh sudah naik sekali ganda, bawak keluar dr bekas dan
letak atas papan/alas yg ditabur sedikit tepung. Bahagikan kepada 8 (atau 16
jika inginkn saiz pretzel yg lebih kecil). Gentel setiap satu bahagian
membentuk seperti tali berukuran dalam 60cm panjang (kalau 16 bhg, panjangnya
dlm 40cm). Gentel setiap satu dan biar ia rehat seketika (iaitu supaya dia tdk
stretch lagi).
4.
Ikat setiap satu dgn ikatan pretzel yg longgar sedikit. Letak atas
dulang pembakar, jarakkan dalam 4cm, sapukan dgn campuran putih telur dan air,
serta taburkan bijan (jika mahu). Biarkan ia naik lagi, dalam 30min.
5.
Bakar dalam oven (yg telah dipanaskan terlebih dahulu), suhu dalam
180°C, selama 15-20min. Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter
supaya kelihatan berkilat (optional).
6.
Cadangan hidangan: ini adalah resipi plain pretzel yg saya dpt
dari internet. Mmg lembut dan amat nice jika makan dgn cheese, pekena laks dgn
kopi O/teh O panas..mmm...:-). Kalau simpan keesokannya pun (dlm bekas
tertutup) ia masih lembut. Kami satu famili suka makan time minum ptg masa
cuti/hujg mggu.

No comments:
Post a Comment