Powered By Blogger

Tuesday, December 25, 2012

Chilled cheese cake


Chilled cheese cake
Description: Ch1
Nurul77@myresipi.com
Cheese cake yang tidak perlu dibakar.... Diberi oleh teman kamcing.


Created on : 27-02-2011


 
Bahan-bahan ( 18cm )
·         A. BASE
·         15 keping biskut marie (dihancurkan)
·         50g buttercup dicairkan
·         FILLING
·         B.
·         150g gula (boleh kurang kalau tidak suka manis sangat)
·         160ml susu segar/ penuh krim
·         2 biji telur kuning
·         C.
·         250g Philadelphia cream cheese
·         250ml double cream (lightly whipped/ jangan pukul lama sangat)
·         D.
·         2 tbsp gelatine yang dilarutkan ke dalam 90ml air panas
·         E.
·         1/2 tbsp jus lemon
Cara-cara
1.    Description: Ch2
 Sediakan bahan- bahan yang diperlukan
2.    Description: Ch3
 A. Base: Gaulkan bahan-bahan A sehingga sebati. Kemudian, tekankan secara rata di dalam acuan. Masukkan acuan tadi ke dalam peti ais sekurang- kurangnya dalam masa 20 minit.
3.    Bahan B perlu dipukul hingga kembang. Selepas itu, dimasak secara double boiler selama lebih kurang 2 hingga 5 minit.
4.    Bahan C pula: Cream cheese perlu dipukul sehingga lembut dan tidak berketul- ketul.
5.    Campurkan bahan- bahan B, C, D, dan E. Kacaukan perlahan.
6.    Tuangkan ke dalam acuan yang telah dimasukkan bahan A. Kemudian, masukkan ke dalam peti ais sekurang- kurangnya 3 hingga ke 4 jam. Lepas tu apa lagi..... hidangkan dan boleh makan.

No comments:

Post a Comment