Kek 3 rasa

amatuer_cook@myresipi.com
Resepi olahan sendiri. mudah. Selamat mencuba!
Created on : 10-01-2012
Bahan-bahan ( 18cm loyang bulat )
·
250 gram tepung naik sendiri
·
175 gram gula halus
·
175 gram butter (majerin pon boleh)
·
3 biji telur
·
3 sudu besar susu segar
·
untuk rasa dan pewarna: 5 sudu besar parutan strawberry (beberapa
titis pewarna merah)
·
2 sudu besar parutan kulit oren (beberapa titis warna kuning)
·
1 sudu kecil esen vanilla (beberapa titis warna hijau)
·
(rasa dan warna boleh ubah ikut citarasa)
Cara-cara
1.
Ayakkan tepung
2.
di dalam mangkuk laen, putarkan butter dan gula sehingga kembang
3.
masukkan telur sebiji demi sebiji. kemudian, masukkan sedikit demi
sedikit tepung dan dimasukkan sekali dengan susu segar.
4.
asingkan sama rata kepada 3 bahagian. bahagian pertama, masukkan
parutan strawberry dan pewarna merah. gaul hingga sebati. bahagian kedua,
masukkan parutan kulit oren. gaul sehingga sebati. bahagian ketiga, masukkan
esen vanilla dan gaul sehingga sebati.
5.
Jika adunan kek agak pekat, masukkan susu untuk mengawal kepekatan
dan kecairan adunan kek tersebut.
6.
panaskan oven 160 degree. kemudian masak dalam jangka masa 20
minit untuk setiap adunan atau sehingga kek masak.
7.
setelah masak, biarkan sejuk. selepas itu, bolehlah hias dengan
cream cheese frosting atau dengan whipping cream.

No comments:
Post a Comment