Kek kastad

alma@myresipi.com
sesuai utk sebarang masa, sedap, ringkas dan unik!
Created on : 28-05-2007
Bahan-bahan ( 18cm )
·
Kastad:2 sdb tepung/serbuk kastad
·
2 sdk gula halus
·
175 ml susu segar sejuk
·
1 1/2 sdk esen vanilla
·
Kek:100g gula halus
·
100g butter
·
2 biji telur
·
60 ml susu segar
·
100g tepung serbaguna
·
1 1/2 sdk baking powder
·
1/2 sdk garam
·
50g tepung/serbuk kastad
Cara-cara
1.
Sediakan kastad: Campurkan susu dgn tepung kastad dalam periuk.
Panaskan atas api dapur dan sentiasa kacau hingga ia membeku. Bila dah beku
& masak, tutup api dan angkat dr dapur, dan terus masukkan esen vanila
& kacau lagi supaya sebati vanila dan kastad. Sejukkan kastad tu dulu.
2.
Pukul butter & gula sampai berkrim. Kemudian tambah telur dan
susu, pukul sampai sebati
3.
Ayak bersama tepung, baking powder, garam & tpg kastad.
Masukkan campuran ini ke dalam adunan butter td. Kacau dgn spatula smpai
sebati.
4.
Sediakan loyang kek springfoam (loose base) yg tepinya dialas dgn
baking paper dan digris. Separuh adunan diletak dahulu dalam loyang, ratakan.
Kemudian ambil kastad yg telah sejuk sikit tadi, kacau2 sket supaya tak
berbuku2 then sapukan atas lapisan adunan kek. Buat di tgh2 sahaja (iaitu
sapukan btk bulatan) yg kecil sket dr saiz kek.
5.
Kemudian masukkan baki adunan kek tadi dlm loyang. pastikan ianya
menutupi kastad td. Ratakan bhg atas.
6.
Bakar kek hingga masak. Suhu ikut kebiasaan oven masing2.

No comments:
Post a Comment