Benjo

quinnie@myresipi.com
lebih sedap n menjimatkan jika dibuat sendiri...:)
Created on : 26-02-2010
Bahan-bahan ( seorang )
·
1 roti (saya pakai gardenia)
·
1 telur ayam
·
seasoning (saya pakai cap maggie)
·
serbuk lada sulah
·
sayuran - tomato, timun n bawang besar (dipotong bulat). salad
(optional)
·
sos tomato dan sos cili
·
planta
·
mayonis
Cara-cara
1.
panaskan kuali non- stick. isikan sedikit planta atas kuali dan
ratakan.
2.
bila planta dah panas, letakkan alat buat benjo, lepas tu pecahkan
telur dan masukkan dalam alat tadi. kemudian masukkan beberapa titik seasoning
n serbuk lada sulah. selepas itu ambil sudu dan kacau2 rata telur tadi.
kemudian biarkan sampai telur tadi masak.
3.
bila telur dah mengeras, keluarkan alat tadi dan terbalikkan
telur. biar sekejap dan angkat.
4.
bakar roti atas kuali tadi, bakar kejap je...lepas tu angkat dan
terus sapu planta atas roti tadi. kemudian sapukan mayonis. selepas tu bolehlah
letakkan telur tadi, tomato, bawang besar, timun n salad.
5.
kalau suka boleh letak sos cili dan sos tomato. saya tak letak
sebab suka makan kosong je.
6.
kalau tak dek alat nak buat benjo tu...boleh pecahkan telur dalam
mangkok dan masukkan seasoning dan serbuk lada sulah. lepas kacau rata masak
macam kita masak telur dadar.

No comments:
Post a Comment