Powered By Blogger

Tuesday, December 25, 2012

Apam polkadot


Apam polkadot
Description: Dsc00640
Wawa Abdullah@myresipi.com
Resepi dari internet tapi di ubah cikit,..saja nak share dengan semua orang..cuba la,...=)


Created on : 01-11-2011


 
Bahan-bahan ( 1 resepi = 60biji )
·         3 biji telur (baru keluar dari peti sejuk), 1 cawan gula castor, 2 cawan tepung gandum, 1 cawan susu cair, 3 sudu teh baking powder, 1 sudu teh ovelette, 1 sudu besar susu tepung, Pewarna - Merah, biru, kuning, oren, hijau, ungu, Filling - chocolate, st
Cara-cara
1.    Langkah : 1- panaskan susu cair kedalam microwave selama 50saat & kemudian masukkan susu tepung kedalamnya n kacau hingga sebati. 2- Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer bowl & putar denagn kelajuan maksimum. Jangan lupa masukkan sekali susu cair tadi. 3- pukul sehingga kembang (lebih kurang 6-7 min) 4- siapkan papercup n acuan lompang 5- bahagikan adunan ke beberapa bahagian (untuk dititiskan pewarna) * Jangan titis terlalu banyak pewarna 6- maskukkan adunan ke dalam piping bag. 7- Pipe kan adunan ke dalam papercup. (separuh sahaja) 8- pilih filling yg anda inginkan ( strawberry, chocolate, blueberry) *letak ditengah-tengah. 9- tutup filling dengan adunan tadi.sehingga hampir penug papaercup. 10- buat dot-dot menggunakan adunan warna lain 11- kukus didalam pengukus selama 15minit. *pastikan pengukus dipanasakan dahulu. 12- jeng,jeng.....SIAP...=)

fondant


FONDANT ICING

Bahan

1 kg gula ising
17 gm gelatine halal
100 gm air
1 sudu besar sirap glukos
12 gm shotening/krimwell
40 gm gliserin

cara2

Gelatin dan air disatukan dlm periuk kecil dan panaskan double-boiler hingga cair. masukkan sirap glukos dan shortening. kacau hingga larut dan mendidih sebentar.Angkat dari api dan campurkan gliserin. Kacau dan biarkan sejuk sedikit. 
Gula ising diayak 2 kali. Masukkan dlm mangkuk pengadun.Putar dgn menggunakan alat hook. Gunakan kelajuan pelahan dan tuangkan cecair tadi.Ia akan menjadi doh yang lembut. 
Jika guna tangan,tuangkan cecair tadi kedlm gula ising dan uli hingga menjadi doh yang lembut. Simpan dlm plastik kedap udara sehingga digunakan. Ia boleh di simpan selama 1 minggu pada suhu bilik.

FONDANT CAIR

Bahan

6 cwn gula ising  (ayak)
1/2 cwn air
2 sudu besar sirap glukos 
1 sudu teh esen ros

cara2

Satukan gula ising,air dan sirap glukos dlm periuk. Masak atas api pelahan dan kacau hingga sederhana pekat tetapi jgn sampai mendidih. Sejukkan sedikit sebelum dituangkan keatas cupcake. ising boleh diwarnakan.

ROYAL ICING


Bahan

3 biji putih telur
500 gm gula icing
2 gm serbul krim tatar

Caranya;
satukan semua bahan...putaran dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan gebu. boleh la di paipkan ke atas kek.


ICING (utk hiasan @ buat bunga)

Bahan;

1 kg gula ising
1500 gm -180 gm putih telur
15 gm cuka ising
20 gm gliserin

cara;
Ayak gula ising 2 kali. Putar putih telur hingga berbuih dan masukkan gula ising sedilit demi sedikit hingga habis...
Masukkan cuka ising dan gliserin,putar lagi kelajuan sederhana selama 5-7 minit sehingga kembang dan gebu.....
Bila dah siap tutup dgn tuala basah supaya tidak kering...
Bila hendak digunakan kacau dgn senduk...boleh di campurkan dgn pewarna makanan.

BUTTERCREAM

Bahan...
250 gm butter
750 gm krimwell
350 golden syrup
100 gm gula ising
1 sudu bsr tepung jagung

Cara;
Putar krim well hingga kembang dan masukkan butter,putar lagi dgn kelajuan sederhana selama 15 minit.
Pelahankan kelajuan...masukkan golden syrup. putar lg 5 minit..hingga gula sebati. Putar lagi sehingga kelihatan gebu.


kek batik papa


kek batik papa
Description: 20121021_072436
atiesufi@myresipi.com
kek batik papa...sesuai untuk dibuat sebagai minum petang...


Created on : 21-10-2012


 
Bahan-bahan ( 8 org makan )
·         250g butter
·         2 cawan milo
·         3/4 susu pekat (saya guna dairy camp)
·         1 paket biskut marie (patah-patah kan)
Cara-cara
1.    panas kan butter sehingga cair
2.    setelah semua butter cair, masukkan susu pekat, kacau
3.    masuk kan milo, kacau perlahan-lahan, dengan api yang sederhana, pastikan milo tidak terlalu berketul-ketul
4.    kemudian masukkan biskut marie..
5.    kacau sehingga rata, pastikan semua biskut marie bersalut dengan milo
6.    kemudian tutup api, biarkan seketika (1minit)
7.    masuk kan dalam acuan yang anda telah sediakan.
8.    masukkan ke dalam peti sejuk selama 20-30minit
9.    potong dan sedia di hidang kan
Tag

Crepe durian


Crepe durian
Description: Img_20121024_221512
princessharyati@myresipi.com
Desert, pemanis mulut


Created on : 09-11-2012


 
Bahan-bahan ( seisi kelusrga 4-5 )
·         2 cwn tepung gandum
·         1 sudu besar tepung jagung
·         1 biji telur
·         1/2 cawan susu segar
·         Sedikit esen vanila + beberapa titik pewarna kuning
·         Secubit garam
·         2 atau lebih cawan air biasa (sehingga adunan tu ala adunan roti jala ataupun lempeng)
·         1 sudu besar minyak biasa atau majerin yg telah dicairkan yatt guna apa yg ada kt rumah
·         Utk inti
·         1 kotak kecil Whipping cream + 1 sudu aising sugar
·         Durian
Cara-cara
1.    Campuran semua bahan di atas kecual bahai utk inti. Tapis. Guna non stick pan. Sendukan adunan diatas pan dgn api sederhana panas. Tunggu sehingga atas dah masak terus angkat.yatt masak sebelah je .
2.    Blend whipping cream dgn 1 sudubesar gula aising dan sejukkan ke dlm freeze. Asingkan isi durian dr biji. Ambil setiap crepe yg sudah siap masak tadi (yatt guna permukaan yg masak td utk letak inti krn permukaan satu lg nampak licin dan cantik) sudukan sedikit whipping cream dan isi durian dan gulung inti dgn kemas.
3.    Kalu boleh sejukkan crepe utk sementara baru mkn.lagi sedap

Apam Marble


Apam Marble
Description: Image0636
Microtiny@myresipi.com
Dapat resepi dari kawan. Sekali buat, terus jadik. Lembut, halus, gebu & paling penting... SEDAP!


Created on : 05-04-2011


 
Bahan-bahan ( 24 biji )
·         200g gula kastor
·         2 biji telur
·         1 sudu teh ovallette
·         1 sudu teh esen vanilla
·         250g tepung gandum
·         1 cawan Aiskrim soda (air gas)
·         Perasa jika suka (cth : pandan, pisang)
·         Pewarna
Cara-cara
1.    Pukul gula kastor, telur & ovallette hingga kembang serta tulus mulus (agak2 putih lee..). Tambahkan esen vanilla.
2.    Masukkan tepung berselang-seli dengan air aiskrim soda & pukul rata. Tambah perasa jika suka.
3.    Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & kalerkan ikut kesukaan anda.
4.    Letakkan kertas cupcake ke dalam acuan lompang & masukkan adunan ke dalam cup berselang mengikut warna.
5.    Kukus selama 10 minit dengan api sederhana. Kalau nak rekahan besar, kukus dengan api besar.
6.    Boleh tambah topping atau filling jika suka. Selamat mencuba!

Baked Blueberry Cheesecake


Baked Blueberry Cheesecake (Kek Keju Blueberry Bakar)
Description: Kek_keju_blueberry_bakar
zachoes@myresipi.com
Kek yang ringan, gebu, creamy, dan cair di mulut. Tak memerlukan sebarang tepung dan sedap dimakan sejuk-sejuk. Resepi asal dari Ancoo Journal. Rujukan: http://zachoes.blogspot.com/2011/04/resepi-baked-blueberry-cheesecake-kek.html


Created on : 24-04-2011


 
Bahan-bahan ( loyang springform @ loose pan bulat 7" @ 8" )
·         100g biskut marie, dihancurkan (atau guna oreo)
·         100g butter, dicairkan (kalau guna oreo, guna 50g butter saje)
·         *Gaul rata biskut dan butter dan tekan-tekan pada dasar loyang sampai padat.
·          
·         Bahan cream cheese:
·         250g cream cheese, suhu bilik
·         65g whipping cream @ fresh cream
·         30g gula kastor
·         3 kuning telur Gred A
·         1/2st esen vanila
·         1/2st jus lemon @ lemon oil @ limau kasturi
·         30g gula kastor
·         3 putih telur Gred A
·         1/4st cream of tartar (optional)
·          
·         200g blueberry filling
Cara-cara
1.    Panaskan oven pada suhu 160C. Bakar base biskut untuk 5 minit, kemudian sejukkan pada suhu bilik.UPDATE: Biskut mungkin mengelembung sikit masa bakar. Boleh ratakan balik dgn belakang sudu.
2.    Dalam bekas besar, pukul cream cheese bersama 30g gula, perlahan-lahan masukkan whipping cream dan esen vanila serta jus lemon. Pukul sampai adunan jadi sebati, smooth dan gebu. Guna speed sederhana.
3.    Masukkan kuning telur satu per satu dan pukul sebati, sambil berhenti sekali-sekala untuk scrap tepi-tepi bekas tersebut.
4.    Dalam bekas lain, pukul putih telur hingga berbuih. Masukkan cream of tartar dan baki 30g gula sedikit demi sedikit, hingga bertanduk dan kaku.
5.    Kaup balikkan meringue (nama putih telur yg dipukul kembang tu) ke dalam adunan cream cheese secara perlahan-lahan.
6.    Tuangkan adunan ke dalam loyang berisi base biskut dan hentak loyang sekali atas meja (hentak dari paras siku) untuk keluarkan buih-buih yang besar.
7.    Balut luar loyang cheesecake dengan aluminium foil 2-3 kali dan bakar secara bain marie/water bath/steam bake selama 55 minit-1 jam, dengan 5 minit terakhir loyang di'rotate'kan.
8.    Keluarkan dari oven dan sejukkan dalam loyang sebentar di atas redai, sebelum dikeluarkan cheesecake dan disimpan dalam peti sejuk. Dah sejuk hiaskan sesuka hati atau tuangkan blueberry filling di atasnya.
9.    ***Kalau nak buat swirl, sebelum adunan dituang ke dalam loyang, ambil 1/3C adunan tersebut dan tambah 2sb blueberry filling. Kacau rata. Tuang lebihan adunan ke dalam loyang dan letak sesudu adunan berfilling secara rawak di atas permukaan nya. Guna pisau atau lidi untuk buat corak.

Butter Cake Oren berkeju


Butter Cake Oren berkeju.
Description: Copy_of_dsc01543
69andy@myresipi.com
modigied resipi


Created on : 11-05-2008


 
Bahan-bahan ( lebih dari 6 orang )
·         240g butter
·         125g cream cheese
·         200g gula icing
·         250g tepung gamdum
·         2 sudu teh baking powder
·         3 telur
·         1 biji oren ( parut kulit & ambil jus )
Cara-cara
1.    Pukul butter & cream cheese hingga sebati. Masukkan icing sugar & pukul hingga kembang. Masukkan parutan kulit oren & jus, gaul rata. Masukkan telur satu persatu sambil pukul @ low speed hingga rata. Masukkan tepung gamdum yg telah diayak bersama baking powder , ratakan dgn kaedah kaup-balik. Masukkan ke dalam papercups dan bakar pada 180celcius kira2 50mint ( note: bergantung pada oven)
2.    Note: boleh letakkan choc swirls diatasnya.
Tag